Rabu, 09 April 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » Asas SEO Untuk Newbie

Asas SEO Untuk Newbie

teknik


Jika anda seorang yang baru mengenali blog atau blog anda mempunyai trafik yang rendah, jadi anda sekarang berada ditempat yang betul untuk menigkatkan trafik blog. Mungkin ada yang terbaca artikel ini melalu carian di enjin carian yang menggunakan keyword "Asas SEO Untuk Newbie" ataupun anda tersesat ke blog ini secara tidak sengaja. Walaubagaimanapun, jika anda sedang membacanya jadi teruskan membaca sampai habis.

Sebenarnya, aku ingin berkongsi asas SEO search engine optimization yang patut diterapkan dalam sesebuah blog terutamanya bagi newbie atau yang baru berkenalan dengan dunia blog. Anda boleh mendapat trafik yang tinggi dalam jangka masa yang pendek jika anda mengaplikasi teknik asas SEO dalam blog anda. Helah atau teknik ini mudah saja dan semua orang boleh melakukannya. Insya’Allah anda boleh mendapat ribuan trafik jika mengamal asas SEO ini. Jadi, mari kita mula sekarang.

Kandungan Entri Yang Berkualiti

Tahukah anda? Kandungan Entri yang berkualiti merupakan umpan yang paling efektif untuk menarik trafik. Pada masa yang sama kandungan entri juga boleh diibaratkan sebagai tunjang SEO. Jadi, lihatlah betapa pentingya kandungan sesuatu entri. Namun begitu, anda tidak akan memperoleh trafik jika entri tersebut tidak mengikuti syarat dan termanya dari segi SEO. Apakah syarat-syaratnya ?
  • Kandungan Entri mestilah yang tulen
  • Kekerapan kemaskini entri di blog mestilah sentiasa seragam
  • Hindari dari menciplak entri orang lain
  • Kandungan entri hendaklah bersesuaian dengan niche blog atau minat pembaca
  • Amalkan tulis entri yang panjang iaitu >300 perkataan

Optimasi Alt Tag Pada Gambar

Penggunaan alt tag sangat penting jika anda menggunakan gambar dalam entri anda. Alt tag ini menyampaikan keyword kepada enjin carian, kerana robot crawl tak boleh baca melalui gambar. Untuk lebih terperinci lagi sila baca ini Alt Tag

Heading Tag

Penggunaan heading tag (h1,h2,h3) perlulah tepat di posisinya dalam blog anda. Terutamanya <h1> tag kerana ia paling penting sekali dalam semua heading tag. Jangan menggunakan <h4> , <h5> dan <h6> tag dalam post anda.

Susunan Heading Tag :

Homeage
<h1> - Tajuk utama blog
<h2> - Tajuk artikel/entri yang ada di homepage

Single post (entri anda)
<h1> - Tajuk Entri
<h2> -Heading dalam post anda

Pada asas-nya, heading <h2> digunakan dalam sidebar atau widget di blog. Namun aku sarankan anda menggunakan heading <h3> hingga <h6> di sidebar tesebut.

Backlinks

Backlink juga dikenali sebagai imbound link (link masuk) atau incoming links, dimana backlink adalah link  dari blog atau website luar masuk ke blog anda. Enjin carian memberi keutamaan yang maksimum kepada blog yang mempunyai link masuk yang tinggi dari blog yang tinggi pagerank. Oleh anda haruslah bijak dalam membina backlink.
  • Jangan guna script atau perisian yang membantu dalam membina backlink
  • Jangan beli backlink jika ada syarikat atau perkhidmatan menwarkan backlink kepada anda kerana backlink yang banyak secara tiba-tiba akan memberi kesan yang buruk terhadap blog.
  • Cara yang paling senang untuk mendapat backlink adalah selalu komen di blog yang mengguna sistem komen commentluv atau intensedebate.
Konklusinya
Segala yang aku kongsikan ini mungkin dapat membantu anda dalam era blog ini terutamaya bagi newbie. Pada aku istilah newbie atau junior tidak wujud dalam dunia blog ini mahupun istilah otai. Sebabnya apa? Sebab setiap blogger sentiasa  belajar perkara baru dalam kehidupan mereka. Semoga perkongsian kali mampu memeberi impak yang positf terhadap blog anda. Maaf jika perkongsian ini hanya ringkas saja disebabkan ia hanya ASAS SEO.

Wah, sudah lama aku tak update blog ini. Mungkin aku sibuk melayan kerenah dunia realiti atau pun malas tahap gaban untuk update blog. Idea masih ada di kotak pemikiran aku ini. Cuma untuk terapkan dalam penulisan agak berat sikit tambahan lagi campur dengan sikap malas ini. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar